1. Kenali Pasangan Anda
Ini boleh
dikatakan bapak kepada segala basic bagi mereka yang ingin menjaga hati
pasangan masing-masing. Anda perlu selidik dan mengenal pasti (klu boleh
buat research/thesis) pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia
suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan
kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri
anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.
2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain
Ini pun
merupakan salah satu penyumbang kepada masalah perang dingin atau perang
mulut yg sering berlaku antara pasangan. Disebabkan kedua-dua belah
pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara
seperti awak, saya rse, kita berdua ni x serasi lah! . So, kita perlu
lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham
merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita
bergelar sbg manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami
isteri, apatah lagi pasangan kekasih yg tidak ada kena mengena. Salah
seorang perlu memujuk atau meminta maaf jika terdapat sebarang
perselisihan faham.
3. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan
Salah satu
aspek yg penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan. Jika
anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri
anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda. Biasa la kan, kita
sbg manusia mempunyai hati dan perasaan yg memerlukan belaian dan
perhatian dari org lain especially org yg istimewa buat kita.
Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita
ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan
oleh mereka. Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia
penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil
berat terhadap mereka.
4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan
Semasa
berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh
menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh
membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan
atau khalayak ramai. Tentu anda pun tahu bahawa maruah merupakan satu
perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga
maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita. Tentu kita tidak mahu
perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu low profile atau
perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya
rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect.
So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg
lebih mengembirakan.
No comments:
Post a Comment